width:102px; height:30px; background:#444444; border:1px solid #ebebeb; margin-top:2px; text-align:center; text-decoration:none; font-family:arial, sans-serif; font-size:12px; font-weight:bold;color:#FFFFFF; line-height:25px; overflow:hidden; float:left;} a.burastabs:hover {color:#FFFFFF; background:#666666;} #burasbar {width:auto; margin:0 auto;}
SELAMAT DATANG YTJT-LICIOUS

Thursday 14 July 2016

Salam Aidilfitri dari saya, Mohar :)

Assalamualaikum kepada ytjt's fans semua, haa ni nak review sikit tentang suasana hari raya aidilfitri daripada saya, Muhammad Mohar Bin Yusof. Bagi saya suasana hari raya saya pada tahun ini tidak lah semeriah tahun tahun lepas, kerana ada dugaan yg tapat nak diealakkan. Walaubagaimana pun masih meriah. Haaa tahun ni warna tema untuk baju raya saya sekeluarga warna biru gelap. beli dkt jackel shah alam je kami sekeluarga, tapi adik saya yg kedua special sikit. Baju dia kena tempah, haaa jgn terkejut kenapa ye .... So pada setiap tahun, keluarga saya akan beraya ke dua dua belah kampung saya, satu di Simpang Renggam, Johor dan satu lagi di Parit Buntar, Perak. Tahun ni kitorg balik di Perak dulu, belah bapak saya. 

Hari Raya Pertama


Haaa perempuan cantik yg tudung kuning tu, mak saya. Sebelah kiri tu laki dia, bapak saya. Belakang bapak saya tu haa saya lah, Gergasi besar sebelah saya tu haaa tu adik kedua saya, nak tau umur dia ? tingkatan lima. Sebelah dia pulak adik ketiga saya, dia tingkatan tiga. hehe saya anak sulung.


awek paling cun pernah saya jumpa seumur hidup.

Hari Raya Kedua

jalan jalan lai cari duit raya laiiii ...


Tahun ni beraya di Perak tak meriah sangat seperti raya sebelumnya. Sebab ramai tk balik sini. So kami banyak meluangkan masa pergi beraya ke rumah sedara-mara jauh je. Pepagi raya kitorg dh chaw gi raya luar. Pada hari raya ke 3 kami ke kampung di Johor pula, belah mak saya. Haaa pada hari raya ketiga tu terdapat beberapa musibah menimpa yg tk dpt nk dielakkan. Pada hari raya keempat, kami perlu menyambut rombongan merisik darpida Johor Bahru, johor untuk makcik saya, adik mak saya yang te;ah dirancang pada bulan lepas oleh kedua dua pihak. Tetapi pada malam hari raya ketiga tu terdapat musibah yg tak dapat nak dielakkan, atuk saya sesak nafas dan dan dikejarkan ke hospital pada malam itu juga. Dan dia ditahan wad sehingga beransur pulih. 


Semoga dikurniakan kesihatanNya selalu atuk

Walau bagaimanapun, majlis merisik tetap berlangsung walaupun ketiadaan atuk.



haaa ni sedara-mara kecil saya 


Haaaa yg kanan tu lah yang dirisik, makcik saya

So guys, tu je lah review yang boleh saya reviewkan. Well takda lah meriah sangat tapi okay lah not bad lah.. So thank you sape yang sanggup baca hahah. Ni nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada yang baca, maaf zahir dan batin ye guys :)










No comments:

Post a Comment