width:102px; height:30px; background:#444444; border:1px solid #ebebeb; margin-top:2px; text-align:center; text-decoration:none; font-family:arial, sans-serif; font-size:12px; font-weight:bold;color:#FFFFFF; line-height:25px; overflow:hidden; float:left;} a.burastabs:hover {color:#FFFFFF; background:#666666;} #burasbar {width:auto; margin:0 auto;}
SELAMAT DATANG YTJT-LICIOUS

Tuesday, 14 June 2016

Bad Day :(







Mesti semua YTJT-licious nak tahu apa yang berlaku kepada kitorg hari ni. Haaa panjang ceritanya. Ni lah padahnya bila buat assignment last minit, dengan rushingnya sampai banyak musibah menimpa. Haaa ni nk cerita ni, pada mulanya ada makhluk tuhan ni cakap blog (assignment) ni boleh siapkan sebelum raya, haa amik lecture cakap blog kena siapkan dan perlu ada isi sebelum pukul 6 esok. Mulalah semua gelabah nk siapkan malam ni sebab kitorg ada yg duduk jauh nk kena balik gak malam ni. So kitorg plan memang nk siapkan malam ni gak. Pada mulanya plan nk pergi unisel, sbb nak guna wifi, haaa time otw nk gi unisel tu, kitorg naik keta sorg mamat handsome kacak lagi bergaya ni, tengah elok bawak rancak bersembang semua dalam keta time tengah selekoh tak tahu lah mcm mana si mamat ni bawak sampai boleh ternaik divider dkt selekoh nk ke unisel tu, rushing punya pasal. 

Gelabah semua time tu, nk terbalik gak lah kereta sebab ternaik atas divider tu. Lepastu kitorg berhenti lah tepi dengan harapan harap harap kereta okay je. Bila nk turun je kereta buka je pintu dah dengar bunyi gesel lain macam dah. Bila check balik kereta ada calar calar dkt bawah, dkt bahagian pintu kemek sampai bergesel celah pintu sebab kemek dan ada satu besi apa entah dkt bawah kereta tu kemek and patah. Haihhh memang hashtag barai. Lepastu kitorg gerak je lah, nak bagi setel blog ni cepat. Sampai je unisel si parkguard tk bagi masuk pula dah sebab dh malam, kitorg pun blah pergi mamak khulafa yg berdekatan dgn unisel ni. Sampai sampai je plug pula takda, cemana nk cucuk plug laptop ni. So kitorg blah prgi restoran sambal tahun pula dkt seksyen 7, sbb ada sorg mamat mi kata wifi situ laju. Sampai sampai je kitorg dh duduk siap keluar laptop, tanya pelayan, wifi ada tak, nak tau apa jawapan pelayan tu? 'Wifi ada tapi kitorg tak bayar lagi, so wifi kena potong'. Hm pulak dah, dgn muka tebal and nk cover malu, sorg sorg blah. 

Akhirnya kitorg gerak mamak hakim je lah. Wifi ada, plug ada tpi plug pulak dah barai, takda pilihan so kitorg buat je apa yg terbaik kitorg boleh buat dgn battery laptop yg tinggal kurang drpd 30%. Mcm mcm bencana menimpa, so moral of the story di sini apa dia guys? Haaa jangan buat assignment last minute. Nanti rushing sangat sampai mcm mcm hal datang nanti. So sampai sini sahaja kisah yg boleh saya ceritakan. Semoga ambil iktibar dari kisah ini ye kawan kawan. :)

No comments:

Post a Comment